Pages

Tuesday, August 20, 2013

House hunting in the UK


Salah satu soalan favourite yang selalu diemelkan pada saya oleh pelajar yang bakal sambung study di UK sehinggalah ke hari ini adalah "Macam mana nak cari rumah sewa di UK?"

ok. here goes the answers.

Beware! entry ini lebih menjurus kepada pencarian rumah sewa pelajar luar kampus (single atau bekeluarga) untuk 1 bilik (atau lebih) di UK  dan proses ini mungkin tidak akan berlaku atau sedikit berbeza pada anda yang nak menyewa rumah2 keluarga Pakistan/India dan kaum2 non-English.

1. Mulakan pencarian rumah seawal mungkin.
Kalau boleh mulakan pencarian rumah 3-4 bulan sebelum tarikh pendaftaran di universiti. Lagi awal lagi bagus. Ada dua pilihan untuk cari accomodation di sini: 1. contact Accomodation Office di universiti masing2 atau 2) mana2 letting agents di kawasan masing2. Letting agents? Ape tu? Letting agents adalah syarikat yang mengiklankan rumah sewa di pasaran. Selain marketing, agen-agen ini turut bertanggungjawab memilih penyewa yang sesuai, memantau keadaan rumah sewa sebelum, semasa dan selepas disewa dan turut menyediakan maintenance service untuk sebarang kerosakan ketika kita menyewa rumah. Bukan macam kita kat sini, nak sewa just iklankan kat newspaper/internet, atau paling sempoi sekali letak sign 'For Rent' dan no telefon depan pagar rumah. Selain guna letting agents, ada juga independent landlords yang iklan property mereka di pejabat pos, supermarkets dan juga di dalam website universiti.

Kat bawah ni ada 2 search engines yang anda boleh guna untuk cari rumah sewa di UK lengkap dengan maklumat letting agent yang in-charge each of the properties. Just key in maklumat spt nama kawasan, bilangan bilik dan budget anda.

a) Rightmove
http://www.rightmove.co.uk/property-to-rent.html/svr/3121;jsessionid=63DF1B56149E6B397EB3857CA7B569C4

b) Zoopla
http://www.zoopla.co.uk


2. Prosedur menyewa di sini:

1. House viewing. Kita boleh view rumah2 sewa sebelum buat decision. kalau u olls ada kawan yang tinggal berhampiran dengan rumah sewa yang diiklankan tu, bolehla minta jasa baik diorang utk tolong view the house :D kalau takde, anda boleh view gambar2 ruang rumah yang diiklankan di website siap dengan facilities yang ada di dalam rumah. you can also requests some photos of the house if they did not provide any in the website.

2. Bila dah setuju nak sewa rumah, anda akan diminta menunjukkan bukti samada anda mempunyai status kewangan yang kukuh dan mampu untuk membayar sewa yang dipersetujui. Kadang2 agen akan tanya perkara ini terlebih dahulu apabila anda approach diorang buat pertama kali. Untuk student yang datang ke UK di bawah tajaan kerajaan boleh tunjuk financial affidavit korang. Yang datang dengan keluarga tu, attach sekali elaun yang dependant korang akan terima. Agen kemudian akan membuat pengiraan samada sewa rumah + caj2 lain tu korang mampu bayar atau tidak. Apa dia caj2 lain? Selain advance deposit sewa yang boleh menjangkau sehingga 6 bulan pertama, kita juga kene bayar safety deposit yang biasanya berjumlah 1.5 bulan sewa rumah kita tu. Apart from that, kene bayar service charge untuk agen dan evaluator yang akan bagi kunci rumah pada hari pertama kita check-in rumah sewa dan akan rekod condition sekitar rumah termasuklah, garden, furnitures (if it is fully furnished or partly funished), conditions of appliances (tv, washing machine, dishwasher, fridge, boiler etc.) dan tak lupa juga keadaan carpet, dinding etc. Senang citer semua la akan beliau rekod dan dia akan keluarkan report untuk kita sahkan. Kenapa dia buat camtu? --supaya bila check out dari rumah nanti, dia akan make sure yang kita akan kembalikan rumah tu pada keadaan asalnya. Ha, ingat sonang nak sewa rumah kat sini??

Moving on, bila agen dah puas hati dengan kedudukan kewangan anda, anda akan diberi pilihan samada untuk bayar sewa pendahuluan, selalunya berjumlah 6 bulan sewa ataupun nak bayar secara bulanan tanpa deposit dengan SYARAT --kene ada UK guarantor! kalau sv korang sangat baik dan sanggup jadi guarantor, senang sikit nak proceed to the next step. At this stage, i couldn't say more, sebab lain agen lain cara bayarannya. so, you guys kene tanya dan cuba discuss dengan diorang cara bayaran yang kedua-dua pihak boleh terima. Ada yang boleh terima monthly payment, ada yang nak bayaran 3 bulan sekali dsb. Jadi bincanglah elok2 mana yang terbaik untuk kewangan anda.

Jadi, kesimpulannya, untuk bayaran sewa kali pertama di sini, anda kene sediakan:

1. Advance rent payment - may up to 6 months. option: find a UK guarantor, so you don't have to pay for this
2. Safety deposit - normally 1.5 month rent
3. Additional fees 

Yes, sampai begitu sekali! Jadi, saya nasihat awal2 kat sini, carilah rumah yang mempunyai rate sewa yang berpatutan dan molek untuk kita dan keluarga tinggal. buat calculation dulu sebelum nak sewa rumah. tak perlulah nak bermewah sangat sebab rate sewa di sini especially di area London agak mahal, kalau nak juga sewa rumah yang over the budget, kesannya akan terasa bila kita dah start bayar sewa. mind you, rumah di UK tak besar macam kat Malaysia (except rumah orang kaya), dapur sekangkang kera, tangga rumah diorang very narrow and steep dan parking space yang terhad

Bila dah setuju dengan bayaran di atas, agen/tuan rumah akan proceed dengan menyediakan kontrak sewa atau Tenancy agreement. Kontrak sewa ada yang 6 bulan atau 12 bulan di mana antara isi kandungan dalam kontrak tu termasuklah maklumat perhubungan penyewa, tuan rumah, guarantor (kalau ada), bayaran sewa, tarikh masuk dan keluar rumah, syarat-syarat semasa menyewa dan perkara2 yang tidak boleh dilakukan semasa menyewa rumah dan last sekali ruang tanda tangan penyewa, tuan rumah, guarantor dan wakil letting agent (kalau sewa melalui agen) . This agreement may comes in a form of e-agreement that requires online signatures or in a form of hard copy.

ok, bila dah sewa rumah, later comes the part when you are about to leave the house, kenela bersihkan rumah tu seperti asal. Aged furnitures or fade paints selalunya takkan dikira sebagai kerosakan, tapi kalau ada barang atau perkakas rumah tu yang kita rosakkan kenelah ganti semula. Biasanya kalau menyewa dengan agen, mereka akan pastikan keadaan rumah tu kembali sepertimana asal--kalau tak, safety deposit kita akan dipotong bagi tujuan baik pulih.


3. Some advices:


1. kalau boleh carilah rumah yang berdekatan dengan uni anda sebab senang nak ulang-alik dari rumah ke school bila2 masa. tapi hal ini bergantung juga kepada kesesuaian waktu kerja anda, cost of living,  kedudukan kewangan kita, dan aspek2 lain juga. jadi pandai-pandaila buat keputusan ya?

2. make sure tingkap rumah yang kita nak sewa tu adalah double-glazing window supaya tak menggigil masa winter nanti :) selain daripada tu, pastikan bilik air, bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi heater untuk menghangatkan badan di musim dingin itu nanti :)

3. saya tak pernah tinggal di kawasan perumahan India/Pakistan/ Bengali/Afrika atau Gypsy, tapi saya banyak dengar pasal kebarangkalian kes kecurian yang tinggi berlaku di kawasan di mana terdapatnya komuniti kaum ini. Kalau kawasan pengajian anda berhampiran dengan kawasan penempatan mereka, sila minta pencerahan daripada pelajar2 Malaysia yang tinggal di kawasan yang sama terlebih dahulu k?

4. student Malaysia kan terkenal dengan membeli barang di UK dan hantar barang balik ke Malaysia, jadi kalau dapat cari rumah yang ada storage lagi bagus :p

5. cari rumah yang berhampiran dengan bus stop/train station/underground supaya senang nak kemana-mana

6. setiap rumah di UK akan dikenakan council tax but for us, international students yang belajar sepenuh masa akan diberi pengecualian. Jangan terkejut jika anda terima surat pertama dari council tax dan jumlah tax yang kene dibayar. Anda hanya perlu contact semula council office, inform mereka bahawa anda adalah full-time student dan kemudian poskan maklumat passport dan visa pelajar anda dan ahli keluarga kepada pihak council serta-merta. Kemudian, anda akan terima surat pemberitahuan pengecualian cukai daripada mereka.

7. Bakal2 pelajar yang akan ke UK mengikuti pengajian Masters atau PhD juga boleh try contact kelab pelajar Malaysia/ Malaysian postgraduate group di universiti masing-masing and try to ask for their help. saya yakin mereka mesti sudi menolong korang. The first place to look for the related group -- Facebook lah! hehe


Itulah dia sedikit sebanyak yang mampu saya tulis. Siapa ada info tambahan boleh komen kat bawah untuk kita share sama2 ya? Happy house hunting!



Monday, August 19, 2013

PhD dan Suami/Isteri


Beware! Nukilan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian semasa saya study di UK dulu. Mungkin lain orang, lain caranya. Lain tempat, lain budayanya. Ewah!


walaupun menggalas tugas sebagai seorang pelajar PhD sebelum ini, saya tahu tugas sebagai seorang isteri masih perlu dijalankan. masih teringat lagi masa awal2 pengajian PhD saya dulu -- banyak masa senggang, jadi pagi2 sebelum pergi meeting di kampus, sempat lagi buat breakfast dan petang pulak, masak nasi dan 2-3 jenis lauk.

cuma bila dah hujung2 pengajian, 2 months prior thesis submission to be exact, rutin dah jadi opposite..
saya hanya sempat prepare breakfast dan lunch boxes for both of us, sementara suami pula buat hidangan makan malam, memandangkan saya balik lewat malam setiap hari. Rutin hujung minggu pun lebih kurang sama. Saya masih ke kampus untuk siapkan thesis, suami pulak spent masa bermain badminton dengan kawan2 dia di leisure centre dan sesekali pergi 'mengopi' di Costa. bak kata orang 'boys-day-out' la lebih kurang.

yeah, i know.. such a lame lifestyle (for me.. heh!)

something that we have to bare in mind, bila kita yang dah berkahwin dan berkeluarga dan salah seorang dari kita melanjutkan pengajian by research, especially di bawah tajaan bdn2 kerajaan di luar negara, maka secara automatik pasangan kita itu haruslah bersedia fizikal dan mental untuk hidup susah-senang bersama. Pengorbanan tu mungkin memerlukan pasangan berhenti kerja, minta cuti tanpa gaji (until certain period), buat pinjaman wang di bank atau pinjam duit dari keluarga, jual property (rumah, kenderaan dsb) bagi menampung perbelanjaan ke luar negara, tutup bisnes atau minta share partner take over temporarily dsb. Jarang sekali saya dengar ada suami/isteri yang ada bisnes kat Malaysia sanggup taknak ikut sebab tak nak business rugi. Normally, ada yang pergi sorang2 dulu, cari rumah sewa, make sure everything ready for family to come, lepas tu baru menyusul ahli keluarganya datang. Satu lagi situasi pulak, bila dah sampai penghujung pengajian, ada yang prefer ahli keluarga termasuk anak-anak dihantar pulang ke Malaysia dulu sementara kita yang student ni nak settlekan apa yang patut sebelum back for good.

cakap pasal pengorbanan pasangan ni, saya akui, suami saya memang banyak berkorban demi saya sepanjang saya study kat sana. nak cerita apa yang dia dah buat memang banyak, tapi antaranya ialah sanggup teman saya kat library campus sampai midnight, sanggup cari part time untuk dapatkan extra pocket money, rajin tolong saya buat kerja rumah etc. In fact, dia sanggup tinggalkan business dia kat Malaysia sebab nak teman saya di UK. Saya bersyukur sangat-sangat sebab dia ada di sisi. Jadi, sebagai tanda penghargaan pada dia, saya selalu buat surprise termasuklah bagi hadiah yang special masa birthday dia, ajak suami pergi melancong dan teman dia pergi mana2 tempat yang dia suka (bila dah siap keje..hee)

Life is about give-and-take kan? PhD bukan alasan untuk tidak layan suami atau hanya terperuk dalam lab dan library sahaja. Bila dah berdua/bertiga atau lebih ni, kita kene belajar bahagi masa untuk study dan juga personal life. insyaAllah kalau kita berjaya stabilkan kedua-dua aspek ni, hati kita akan lebih tenang untuk fokus siapkan PhD kita.

Namun, kita sebagai manusia, tak boleh lari dari kelemahan dan kekurangan. Ada juga pasangan yang kurang memahami situasi pasangannya yang sedang mengikuti pengajian dan tidak memberi kerjasama yang baik dalam membantu meringankan beban pasangannya itu. Contohnya, si isteri sambung PhD, si suami tinggal di rumah dan diminta jaga anak-anak sementara ibu mereka pergi belajar. (perhatian, caj babysitter, childcare kat UK ni boleh tahan mahal ya. jadi kalau nak elak bayar, si bapaklah yang kene jaga anak2). Jikalau si suami itu memahami, pastinya dia sanggup membuat kerja2 rumah, menyediakan makanan untuk anak2 dan melayan anak sehingga isterinya pulang. Namun, ada juga situasi di mana suami yang telah biasa bekerja tidak boleh duduk diam jika diminta tinggal di rumah menjaga anak-anak seorang diri. Si isteri disuruh pulang awal dan kadang2 ditegah datang ke kampus jikalau tiada perkara penting. Kalau dah sibuk melayan anak di rumah, bila nak baca journal? Bilakah masanya nak cari materials untuk buat proposal atau draft untuk manuscript atau thesis? The worst part is, sempatkah nak siapkan experiments yang melambak ni?! Bila terjadi perkara sebegini, kita seharusnya kembali semula kepada tujuan asal kita datang ke negara asing ini -- untuk mendapatkan segulung ijazah PhD itu kan? jadi pasangan seharusnya awal-awal lagi dah kene tahu komitmen yang bakal digalas pasangan mereka, tak gitu?

Saya lebih titikberatkan isu bila isteri yang menjadi pelajar berbanding dengan si suami kerana bila suami yang buat PhD, ada isteri di rumah yang rata-ratanya memang cekap membuat kerja rumah dan juga dalam pengurusan anak-anak. Saya cakap ni berdasarkan experience dan pemerhatian saya melihat mak-mak Melayu di kawasan tempat tinggal saya ya! Sebagai seorang wanita, saya memang respect pada mana-mana wanita yang berkeluarga, yang berjaya di dalam pengajian PhD mereka dan pada masa yang sama memikul tugas sebagai ibu kepada anak2 dan suami. i do wonder how they managed their time wisely?

Oleh itu, kepada bakal-bakal pelajar yang berkeluarga yang akan melanjutkan pengajian di luar negara, nasihat saya:

1. pasangan yang belajar haruslah menceritakan proses pengajian yang bakal dihadiri, kesibukan yang bakal dihadapi dan masa yang akan anda gunakan untuk menghadiri kelas, bengkel, conference etc. kepada pasangan anda. Fahamkan situasi-situasi yang bakal  anda hadapi kepadanya agar dia faham. Mudah-mudahan dari itu dia akan akan belajar untuk berkompromi dalam pengurusan rumahtangga

2.  selalulah berbual dan kongsi perasaan kalian. kalau tak puas hati, jangan simpan2. most importantly, kalau ada masalah, cuba selesaikan sama2.

3. bahagi masa antara keluarga dengan study. weekdays pergi office, weekends habiskan masa bersama keluarga. bagi students yang buat labwork/fieldwork di hujung minggu tu, carila masa senggang untuk anda bersama keluarga anda

4. suami yang belajar -- ucapkanlah penghargaan pada isteri yang menjaga anak2, makan-minum dan pakaian anda. same goes to wife yang belajar juga. Tak perlu nak beli reward yang mahal-mahal, sebab saya rasa mereka hanya inginkan kasih sayang dan attention dari kita. Kalau bawak diorang pergi carboot sales, shopping kat High Street atau picnic pun best dah! :D

5. saya perhatikan salah satu masalah pelajar PhD yang berkeluarga yang berlaku adalah berpunca dari kedudukan kewangan yang tidak stabil. saya akui elaun yang diperolehi hanya cukup2 makan, dan kalau nak pergi holiday atau shopping, kenelah ikat perut ataupun buat kerja part-time. Tambah lagi  kalau ada anak ramai, lagi struggle. Jadi, perancangan kewangan haruslah dilakukan terlebih awal, dan kalau boleh buat back up budget (samada dari part time job ataupun duit yang disalur dari Malaysia).

6. hati kita akan tenang bila kita mengadap Allah SWT. selalulah berdoa padaNya untuk kesejahteraan keluarga dan kemudahan rezeki dan amalkanlah solat berjemaah bersama2 pasangan.

My.two.cents.


Thursday, July 18, 2013

My Viva Experience



It was fine Monday afternoon on the 24th June 2013.

Mula-mula, ingatkan viva voce saya akan berlangsung di kampus Royal Holloway, rupanya buat di main campus di London, sebab jarak London dan kampus saya yang tak berapa jauh dan lebih convenient bagi salah seorang examiner saya yang nak balik ke Manchester petang itu juga, saya pun OK jela.. dalam hati mana-mana pun tak kisahla, asal pass viva tu.. Perjalanan ke kampus University of London di bandar London hanya mengambil masa 1 jam train ride je, tapi saya pergi awal sebab dah janji nak jumpa supervisor kat tube station berhampiran kampus supaya dia boleh bawa saya ke bangunan tempat saya bakal ber-viva itu dan sempat lagi nak buat last-minute discussion dengan dia.

Secara ringkasnya, viva saya berlangsung selama 2 jam, dari pukul 1 sampai pukul 3 petang. Examiners saya kedua-duanya ladies, sangat peramah dan lembut orangnya. Masa viva tu, tak rasa pun macam viva, more like a discussion. Mungkin cara diaorang treat saya buat saya rasa comfortable. So, lagi senang nak jawab soalan bila kita dah selesa kan? Masa tu saya pun tak berapa sihat, kadang2 batuk, so diorang benarkan saya makan sweets dan minum air masa viva sedang berlangsung.

Soalan dia? Alhamdulillah. Taklah sesusah mana.
Tapi, adalah beberapa soalan yang tough di luar bidang saya yang saya tak tahu jawapannya, so, saya cakap jela yang saya tak tahu dan diorang accept je.
Examiners saya ni tanya soalan mengikut page. So, diorang flip page by page siap tempek sticky notes kat belah tepi mukasurat tesis yang saya assume adalah soalan2 yang bakal diajukan pada mukasurat tersebut.


Lepas habis viva, saya diminta keluar selama 15 minit sebelum dipanggil semula untuk pengumuman keputusan. Dalam hati, rasa lega sangat2, tak sabar nak balik Egham peluk suami, boleh tak? hehehe

Lepas 15 minit, supervisor join sekali dengan examiners untuk sesi announcement. Ingatkan bila dah kumpul tu, terusla dapat result, rupanya first examiner saya cakap nak announce keputusan saya kat makmal dia di tingkat atas bangunan yang sama. Oh..ok.... Sesampainya kami di lab beliau yang ada beberapa kerat postgrads yang tengah busy buat eksperimen masing2, dia pun announce "Congratulations Dr. Mohammad. You have passed your viva today"

Speechless.

Tak habis dengan speechless sambil bersalaman dan berpelukan dengan both examiners, second examiner pulak cakap "we never awarded this before to our previous candidates, but you are the first to pass your viva without correction"

Hujan. :')

Saya pandang muka supervisor. Senyum lebar dia di situ. Yes, mission accomplished!

First examiner ajak minum coffee sebelum balik, tapi saya menolak sebab nak balik jumpa suami.. another examiner dan supervisor saya pun nak kejar train balik ke rumah masing2. so lepas bersalaman, kami menuju haluan masing2.

Dalam underground takde signal, so saya tunggu bila sampai kat Waterloo station baru nak call suami. Lepas call suami, call parents saya di Malaysia pulak. Rupanya ayahanda dan bonda masih tak tidur lagi menunggu panggilan anakandanya di sini. Kata mereka "selagi tak dapat results, selagi tu taknak tidur" Lepas bagitahu diorang, kedengaran suara mama dan ayah mengucap syukur kerana kejayaan saya ni. Alhamdulillah.

Sesampainya saya di Egham Train Station, suami telah sedia menanti dengan jambangan bunga di tangan. Alhamdulillah, pengorbananmu terhadap isterimu ini tidak sia-sia. :)

Tidak lupa juga buat sujud syukur atas kemudahan yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa.

Alhamdulillah.

itulah dia pengalaman viva saya. Bagi yang bakal menghadiri viva tu, saya doakan semoga urusan kalian turut dipermudahkanNya, Amin.