Pages

Thursday, July 18, 2013

My Viva Experience



It was fine Monday afternoon on the 24th June 2013.

Mula-mula, ingatkan viva voce saya akan berlangsung di kampus Royal Holloway, rupanya buat di main campus di London, sebab jarak London dan kampus saya yang tak berapa jauh dan lebih convenient bagi salah seorang examiner saya yang nak balik ke Manchester petang itu juga, saya pun OK jela.. dalam hati mana-mana pun tak kisahla, asal pass viva tu.. Perjalanan ke kampus University of London di bandar London hanya mengambil masa 1 jam train ride je, tapi saya pergi awal sebab dah janji nak jumpa supervisor kat tube station berhampiran kampus supaya dia boleh bawa saya ke bangunan tempat saya bakal ber-viva itu dan sempat lagi nak buat last-minute discussion dengan dia.

Secara ringkasnya, viva saya berlangsung selama 2 jam, dari pukul 1 sampai pukul 3 petang. Examiners saya kedua-duanya ladies, sangat peramah dan lembut orangnya. Masa viva tu, tak rasa pun macam viva, more like a discussion. Mungkin cara diaorang treat saya buat saya rasa comfortable. So, lagi senang nak jawab soalan bila kita dah selesa kan? Masa tu saya pun tak berapa sihat, kadang2 batuk, so diorang benarkan saya makan sweets dan minum air masa viva sedang berlangsung.

Soalan dia? Alhamdulillah. Taklah sesusah mana.
Tapi, adalah beberapa soalan yang tough di luar bidang saya yang saya tak tahu jawapannya, so, saya cakap jela yang saya tak tahu dan diorang accept je.
Examiners saya ni tanya soalan mengikut page. So, diorang flip page by page siap tempek sticky notes kat belah tepi mukasurat tesis yang saya assume adalah soalan2 yang bakal diajukan pada mukasurat tersebut.


Lepas habis viva, saya diminta keluar selama 15 minit sebelum dipanggil semula untuk pengumuman keputusan. Dalam hati, rasa lega sangat2, tak sabar nak balik Egham peluk suami, boleh tak? hehehe

Lepas 15 minit, supervisor join sekali dengan examiners untuk sesi announcement. Ingatkan bila dah kumpul tu, terusla dapat result, rupanya first examiner saya cakap nak announce keputusan saya kat makmal dia di tingkat atas bangunan yang sama. Oh..ok.... Sesampainya kami di lab beliau yang ada beberapa kerat postgrads yang tengah busy buat eksperimen masing2, dia pun announce "Congratulations Dr. Mohammad. You have passed your viva today"

Speechless.

Tak habis dengan speechless sambil bersalaman dan berpelukan dengan both examiners, second examiner pulak cakap "we never awarded this before to our previous candidates, but you are the first to pass your viva without correction"

Hujan. :')

Saya pandang muka supervisor. Senyum lebar dia di situ. Yes, mission accomplished!

First examiner ajak minum coffee sebelum balik, tapi saya menolak sebab nak balik jumpa suami.. another examiner dan supervisor saya pun nak kejar train balik ke rumah masing2. so lepas bersalaman, kami menuju haluan masing2.

Dalam underground takde signal, so saya tunggu bila sampai kat Waterloo station baru nak call suami. Lepas call suami, call parents saya di Malaysia pulak. Rupanya ayahanda dan bonda masih tak tidur lagi menunggu panggilan anakandanya di sini. Kata mereka "selagi tak dapat results, selagi tu taknak tidur" Lepas bagitahu diorang, kedengaran suara mama dan ayah mengucap syukur kerana kejayaan saya ni. Alhamdulillah.

Sesampainya saya di Egham Train Station, suami telah sedia menanti dengan jambangan bunga di tangan. Alhamdulillah, pengorbananmu terhadap isterimu ini tidak sia-sia. :)

Tidak lupa juga buat sujud syukur atas kemudahan yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa.

Alhamdulillah.

itulah dia pengalaman viva saya. Bagi yang bakal menghadiri viva tu, saya doakan semoga urusan kalian turut dipermudahkanNya, Amin.






Friday, July 12, 2013

PhD - - checked!



Alhamdulillah, i have survived my PhD! :)


soft-bound thesis submission for viva 4th May 2013
passed my viva voce 24th June 2013
hard-bound thesis submission 3rd July 2013


now that the mission has accomplished, i guess the blog's title should be changed a bit. 'Life After PhD', sounds better kan? 
insyaAllah will share my viva experience later in this blog
anyway, tak sangka ada juga yang sudi membaca blog ni and sending me emails asking for PhD related questions when i was 'hibernating'.. terharu sangat-sangat :) 

insyaAllah, later, saya akan share tips2 yang saya amalkan sepanjang PhD dan juga tips2 yang saya perolehi dari pembacaan, pengalaman saya menulis tesis dan apa2 yang berkaitan dengan kajian saya. Semoga dapat memberi inspirasi dan sedikit sebanyak membantu calon-calon PhD di luar sana, insyaAllah


Selepas ini, bermulalah chapter baru dalam kehidupan saya sebagai ahli akademik. Mudah-mudahan Allah  SWT membimbing saya menjadi pendidik yang baik, bertanggungjawab dan istiqamah dalam mendidik anak bangsa, insyaAllah