Pages

Tuesday, March 23, 2010

baru ku tahu



betapa bosannya mengadap komputer dan buat bende yang sama beratus-ratus kali
patutla mr. sv suruh buat keje analisis beberapa jam je sehari
memang meluat kalau tengok 24 jam
tapi biarlah.. saya sanggup buat
sebab dengan cara tu baru saya tahu apa yang terkandung di sebalik formula analisis tu


progress harini:
1- in the middle of Unistat analysis..still
2- projek meng'catalog' fungal sp yang selama ini terbengkalai sudah pun bermula.. insyaAllah akan cuba siapkan by mid April
3- dapat email dari Prof LB.. insyaAllah akan ke Cardiff University, Wales selama beberapa hari untuk belajar buat medium untuk culturing


perkara akan buat selepas ini selain menyambung analisis dan projek catalog adalah:
1- email Mr. TG untuk mintak signature claim
2 - rangka abstract untuk symposium PG hujung bulan April ni


Qila, teruskan semangat!!


Wednesday, March 10, 2010

new task


semalam jumpa mr sv untuk terima task baru
tugasan kali ini akan melibatkan tempoh yang agak lama untuk menyiapkannya
why?
sebab mr. sv cakap output analisis kali ini adalah merupakan major content untuk thesis saya nanti
dengan menggunakan database yang sudah lengkap diupdate, saya akan mulakan analisis menggunakan pakej Unistat
buat masa ni, saya akan run regression analysis untuk semua 300+ species yang sedia ada dalam database tu
mr. sv pun dengan baik hati juga memberitahu tak perlu siapkan dalam masa terdekat
"it may take months.." he said (again!) hehe
die taknak saya concentrate buat analisis ni je setiap masa...takut exploded!
siap advice buat 2-3 jam je sehari.. baik betul sv ku itu.. :)

di kesempatan mengajar teknik menggunakan Unistat, mr. sv siap bagi reading materials lagi untuk saya baca
tq mr. sv! ni yang tambah sayang ni..hehe

dalam pada membuat analisis, saya takleh alpa
kene buat abstract untuk 15 min presentation for next month jugak!
lama dah tak present..sejak dari presentation nak sambung belajar kat JASBIO tula yang paling last
kene polish balik bakat terpendam nih!
huuu

Tuesday, March 2, 2010

tq mr sv!


apa progress harini?

1. jumpa sv
harini ada discussion ngan sv lebih kurang sejam lebih. lepas hand-in data 300 spesis yang saya dah key-in, kami berbincang plak tentang discussion saya dengan Prof LB yang lepas dengan mr. sv. Ternyata beliau sangat teruja dengan idea2 baru yang diperbualkan dan insyaAllah saya akan ke Wales samada bulan ni atau bulan depan untuk belajar teknik fungal culturing. Kalau Dr. Cha ngan Cik Jamilah baca ni, mesti die suke sebab saya bakal ade chapter aspek molecular dalam tesis saya nanti :)
2. event di Edinburgh
insyaAllah kalau takde aral, sampaila saya kat Int. Mycological Congress kat Scotland tu nanti..hehe..tadi mr. sv bagitau yang die akan present masa kat sana..wah, tambah meriahla nanti.. mulai skarang kene saving skit nak bayar fees dan penginapan kat sana nanti..ada sapa2 nak tumpangkan saya tak? huhu

3. sampling
ingatkan saya akan sampling masa autumn jer, tapi bile dah ade skop baru, saya akan mulakan ekspedisi menjejak cendawan masa spring ni juga.. jadi kene fully-prepared nih! yosh!!

kesimpulannya, ade juga progress harini.. am happy!

Monday, March 1, 2010

pencapaian setakat ini


hari pertama minggu ni, saya dah berjaya mengupdate data Unistat yang ada lebih seratus spesis tu.. Alhamdulillah berkat konsentrasi buat keje, suami plak tak kacau..hehe
bile dah settle bab tu, nak tunggu apa plak task yang sv nak kasi pasni
mula2 rasa gak macam kene asyik refer ngan sv je..macam tak independent je, tapi nak buat macam mana, database die kan..harapnye pasni bile dah nampak clear picture apa yang mr. sv nak, bolehla saya try and error and come out with any new idea plak..

esok akan jumpa sv untuk terima task baru
dan juga bincang pasal idea2 baru yang saya dan Prof LB bincang masa perjumpaan last week tu
kalau mr. sv approve idea Prof. LB tu, ada potensi la saya pergi berguru ngan Prof LB kat Wales!
kene prepare materials sikit malam ni

:)