Salah satu soalan favourite yang selalu diemelkan pada saya oleh pelajar yang bakal sambung study di UK sehinggalah ke hari ini adalah "Macam mana nak cari rumah sewa di UK?"
ok. here goes the answers.
Beware! entry ini lebih menjurus kepada pencarian rumah sewa pelajar luar kampus (single atau bekeluarga) untuk 1 bilik (atau lebih) di UK dan proses ini mungkin tidak akan berlaku atau sedikit berbeza pada anda yang nak menyewa rumah2 keluarga Pakistan/India dan kaum2 non-English.
1. Mulakan pencarian rumah seawal mungkin.
Kalau boleh mulakan pencarian rumah 3-4 bulan sebelum tarikh pendaftaran di universiti. Lagi awal lagi bagus. Ada dua pilihan untuk cari accomodation di sini: 1. contact Accomodation Office di universiti masing2 atau 2) mana2 letting agents di kawasan masing2. Letting agents? Ape tu? Letting agents adalah syarikat yang mengiklankan rumah sewa di pasaran. Selain marketing, agen-agen ini turut bertanggungjawab memilih penyewa yang sesuai, memantau keadaan rumah sewa sebelum, semasa dan selepas disewa dan turut menyediakan maintenance service untuk sebarang kerosakan ketika kita menyewa rumah. Bukan macam kita kat sini, nak sewa just iklankan kat newspaper/internet, atau paling sempoi sekali letak sign 'For Rent' dan no telefon depan pagar rumah. Selain guna letting agents, ada juga independent landlords yang iklan property mereka di pejabat pos, supermarkets dan juga di dalam website universiti.
Kat bawah ni ada 2 search engines yang anda boleh guna untuk cari rumah sewa di UK lengkap dengan maklumat letting agent yang in-charge each of the properties. Just key in maklumat spt nama kawasan, bilangan bilik dan budget anda.
a) Rightmove
http://www.rightmove.co.uk/property-to-rent.html/svr/3121;jsessionid=63DF1B56149E6B397EB3857CA7B569C4
b) Zoopla
http://www.zoopla.co.uk
2. Prosedur menyewa di sini:
1. House viewing. Kita boleh view rumah2 sewa sebelum buat decision. kalau u olls ada kawan yang tinggal berhampiran dengan rumah sewa yang diiklankan tu, bolehla minta jasa baik diorang utk tolong view the house :D kalau takde, anda boleh view gambar2 ruang rumah yang diiklankan di website siap dengan facilities yang ada di dalam rumah. you can also requests some photos of the house if they did not provide any in the website.
2. Bila dah setuju nak sewa rumah, anda akan diminta menunjukkan bukti samada anda mempunyai status kewangan yang kukuh dan mampu untuk membayar sewa yang dipersetujui. Kadang2 agen akan tanya perkara ini terlebih dahulu apabila anda approach diorang buat pertama kali. Untuk student yang datang ke UK di bawah tajaan kerajaan boleh tunjuk financial affidavit korang. Yang datang dengan keluarga tu, attach sekali elaun yang dependant korang akan terima. Agen kemudian akan membuat pengiraan samada sewa rumah + caj2 lain tu korang mampu bayar atau tidak. Apa dia caj2 lain? Selain advance deposit sewa yang boleh menjangkau sehingga 6 bulan pertama, kita juga kene bayar safety deposit yang biasanya berjumlah 1.5 bulan sewa rumah kita tu. Apart from that, kene bayar service charge untuk agen dan evaluator yang akan bagi kunci rumah pada hari pertama kita check-in rumah sewa dan akan rekod condition sekitar rumah termasuklah, garden, furnitures (if it is fully furnished or partly funished), conditions of appliances (tv, washing machine, dishwasher, fridge, boiler etc.) dan tak lupa juga keadaan carpet, dinding etc. Senang citer semua la akan beliau rekod dan dia akan keluarkan report untuk kita sahkan. Kenapa dia buat camtu? --supaya bila check out dari rumah nanti, dia akan make sure yang kita akan kembalikan rumah tu pada keadaan asalnya. Ha, ingat sonang nak sewa rumah kat sini??
Moving on, bila agen dah puas hati dengan kedudukan kewangan anda, anda akan diberi pilihan samada untuk bayar sewa pendahuluan, selalunya berjumlah 6 bulan sewa ataupun nak bayar secara bulanan tanpa deposit dengan SYARAT --kene ada UK guarantor! kalau sv korang sangat baik dan sanggup jadi guarantor, senang sikit nak proceed to the next step. At this stage, i couldn't say more, sebab lain agen lain cara bayarannya. so, you guys kene tanya dan cuba discuss dengan diorang cara bayaran yang kedua-dua pihak boleh terima. Ada yang boleh terima monthly payment, ada yang nak bayaran 3 bulan sekali dsb. Jadi bincanglah elok2 mana yang terbaik untuk kewangan anda.
Jadi, kesimpulannya, untuk bayaran sewa kali pertama di sini, anda kene sediakan:
1. Advance rent payment - may up to 6 months. option: find a UK guarantor, so you don't have to pay for this
2. Safety deposit - normally 1.5 month rent
3. Additional fees
Yes, sampai begitu sekali! Jadi, saya nasihat awal2 kat sini, carilah rumah yang mempunyai rate sewa yang berpatutan dan molek untuk kita dan keluarga tinggal. buat calculation dulu sebelum nak sewa rumah. tak perlulah nak bermewah sangat sebab rate sewa di sini especially di area London agak mahal, kalau nak juga sewa rumah yang over the budget, kesannya akan terasa bila kita dah start bayar sewa. mind you, rumah di UK tak besar macam kat Malaysia (except rumah orang kaya), dapur sekangkang kera, tangga rumah diorang very narrow and steep dan parking space yang terhad.
Bila dah setuju dengan bayaran di atas, agen/tuan rumah akan proceed dengan menyediakan kontrak sewa atau Tenancy agreement. Kontrak sewa ada yang 6 bulan atau 12 bulan di mana antara isi kandungan dalam kontrak tu termasuklah maklumat perhubungan penyewa, tuan rumah, guarantor (kalau ada), bayaran sewa, tarikh masuk dan keluar rumah, syarat-syarat semasa menyewa dan perkara2 yang tidak boleh dilakukan semasa menyewa rumah dan last sekali ruang tanda tangan penyewa, tuan rumah, guarantor dan wakil letting agent (kalau sewa melalui agen) . This agreement may comes in a form of e-agreement that requires online signatures or in a form of hard copy.
ok, bila dah sewa rumah, later comes the part when you are about to leave the house, kenela bersihkan rumah tu seperti asal. Aged furnitures or fade paints selalunya takkan dikira sebagai kerosakan, tapi kalau ada barang atau perkakas rumah tu yang kita rosakkan kenelah ganti semula. Biasanya kalau menyewa dengan agen, mereka akan pastikan keadaan rumah tu kembali sepertimana asal--kalau tak, safety deposit kita akan dipotong bagi tujuan baik pulih.
3. Some advices:
1. kalau boleh carilah rumah yang berdekatan dengan uni anda sebab senang nak ulang-alik dari rumah ke school bila2 masa. tapi hal ini bergantung juga kepada kesesuaian waktu kerja anda, cost of living, kedudukan kewangan kita, dan aspek2 lain juga. jadi pandai-pandaila buat keputusan ya?
2. make sure tingkap rumah yang kita nak sewa tu adalah double-glazing window supaya tak menggigil masa winter nanti :) selain daripada tu, pastikan bilik air, bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi heater untuk menghangatkan badan di musim dingin itu nanti :)
3. saya tak pernah tinggal di kawasan perumahan India/Pakistan/ Bengali/Afrika atau Gypsy, tapi saya banyak dengar pasal kebarangkalian kes kecurian yang tinggi berlaku di kawasan di mana terdapatnya komuniti kaum ini. Kalau kawasan pengajian anda berhampiran dengan kawasan penempatan mereka, sila minta pencerahan daripada pelajar2 Malaysia yang tinggal di kawasan yang sama terlebih dahulu k?
4. student Malaysia kan terkenal dengan membeli barang di UK dan hantar barang balik ke Malaysia, jadi kalau dapat cari rumah yang ada storage lagi bagus :p
5. cari rumah yang berhampiran dengan bus stop/train station/underground supaya senang nak kemana-mana
6. setiap rumah di UK akan dikenakan council tax but for us, international students yang belajar sepenuh masa akan diberi pengecualian. Jangan terkejut jika anda terima surat pertama dari council tax dan jumlah tax yang kene dibayar. Anda hanya perlu contact semula council office, inform mereka bahawa anda adalah full-time student dan kemudian poskan maklumat passport dan visa pelajar anda dan ahli keluarga kepada pihak council serta-merta. Kemudian, anda akan terima surat pemberitahuan pengecualian cukai daripada mereka.
7. Bakal2 pelajar yang akan ke UK mengikuti pengajian Masters atau PhD juga boleh try contact kelab pelajar Malaysia/ Malaysian postgraduate group di universiti masing-masing and try to ask for their help. saya yakin mereka mesti sudi menolong korang. The first place to look for the related group -- Facebook lah! hehe
Itulah dia sedikit sebanyak yang mampu saya tulis. Siapa ada info tambahan boleh komen kat bawah untuk kita share sama2 ya? Happy house hunting!
No comments:
Post a Comment